LAMAN UTAMA


Thursday 19 January 2012

LADAP SMM 2012

Program LADAP SMM dilaksanakan pada 19 Januari 2012 iaitu di Makmal Komputer SEMUDRA. Semua guru kelas Tingkatan 1 hingga 6 terlibat dengan program tersebut yang mana diketuai oleh En Asri bin Mat Salleh.

Wednesday 18 January 2012

PROGRAM FIREDRILL ASRAMA 2012

Pihak sekolah telah melancarkan Program Latihan Kebakaran peringkat Asrama pada 18 Januari 2012. Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Raub.

SAMBUTAN PERAYAAN PONGAL 2012

Pesta Pongal Masyarakat Hindu kembali. Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu ialah pesta pongal.Perayaan Pongal ini adalah untuk mengukuhkan ikatan sesama mereka. Pihak sekolah juga telah bersama-sama menjayakan pesta pongal iaitu pada 17 Januari 2012.

Tuesday 17 January 2012

PENDAFTRAN KOKURIKULUM 2012

Pada 17 Januari 2012, para pelajar SEMUDRA telah mendaftarkan diri untuk Kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan permainan bertempat di hadapan dewan SEMUDRA pada pukul 8.00 pagi.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012

Pihak sekolah telah menganjurkan program Tahun Baru Cina yang melibatkan semua pelajar SEMUDRA. Terima kasih kepada semua pentadbir, guru serta pelajar yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut.

Sunday 15 January 2012

Program Jom Masuk U 2012


Program jom masuk 'U' ini telah berlangsung di Kuantan, Pahang dan diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Friday 6 January 2012

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 1 & 4

Sesi silaturrahim pelajar Tingkatan 1 & 4 telah berlangsung pada 4 Januari hingga 6 Januari 2012. Diharapkan para pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di SEMUDRA. Tahniah diucapkan.