LAMAN UTAMA


Monday 30 September 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT ASRAMA



Majlis Perlancaran Program Mentor Mentee
Peringkat Asrama SMK Mahmud, Raub.
Tarikh : 15 Mei 2013

Wednesday 25 September 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013

SMK Mahmud telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-
              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat :Tapak Perhimpunan

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Redzuan, ucapan daripada Pemangku Pengetua, Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta persembahan daripada pelajar. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan pertukaran hadiah antara guru.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 telah dijalankan pada 30 Ogos 2013. Majlis disempurnakan oleh Pn Noor Khaizan bt Mohamad , GPK Pentadbiran mewakili Pengetua 
SMK Mahmud, Raub.

Saturday 18 May 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA
Tempat: SMK Mahmud, Raub
Tarikh: 17 Mei - 18 Mei 2013
 Semua pelajar Tingkatan 1 & 2 terlibat dengan perkhemahan PAJSK yang berlansung selama 2 hari satu malam di SMK Mahmud, Raub. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memenuhi skema pemarkahan PBS.

SELAMAT HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru 2013 diraikan pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru diarak ke tapak perhimpunan sekolah yang diiringi oleh badan pengawas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti ucapan wakil pelajar serta Pengetua Cemerlang SMK Mahmud, Raub, Pn Hjh Sapiah Ibrahim. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dari para pelajar dan juga acara sukan untuk guru-guru yang dikendalikan oleh para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Datuk Salim. 
SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SMK Mahmud, Raub.


Wednesday 15 May 2013

LADAP ProD 3 ~ 15 Mei 2013 ~

Semua guru menghadiri kursus LADAP ProD 3 di bilik mesyuarat SMK Mahmud yang dikendalikan oleh Pn Pengetua, Pn Hjh Sapiah bt Ibrahim. Kursus bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Friday 10 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Bermula 3 Mei - 24 Mei 2013 adalah minggu peperiksaan untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5. Para pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan pada 17 Mei 2013, sementara pelajar tingkatan 1 dan 2 akan menduduki peperiksaan pada 21 Mei 2013.

Tumpukanlah kepada ulangkaji pelajaran untuk mencapai kejayaan. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang. Selamat Berjaya!

Tuesday 7 May 2013

PENDAFTRAN PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI

Pihak PraUniversiti SMK Mahmud mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran Tingkatan Enam (prauniversiti) di SMK Mahmud.Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat prauniversiti.Berikut adalah beberapa maklumat mengenai program pendaftaran:

TARIKH : 8 MEI 2013 (RABU)
MASA    : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK MAHMUD
PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH BERPENAMPILAN KEMAS

Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa pendaftaran.

Pelajar baru Tingkatan 6 bawah diwajibkan untuk menghadiri sesi orientasi sekolah. Ini adalah aktiviti satu minggu yang meliputi pembentukan pasukan, kaunseling kerjaya dan taklimat untuk setiap mata pelajaran . Ini akan menjadi pengalaman yang baik untuk pelajar baru Tingkatan 6 untuk mendapatkan banyak informasi mengenai pengajian di peringkat prauniversiti.




 

Thursday 25 April 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 dan Hari Akademik 2013

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa SMK Mahmud Raub akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 dan Hari Akademik 2013. Sehubungan dengan itu,semua penerima anugerah dikehendaki  hadir untuk menerima hadiah sempena majlis di atas pada :

Tarikh   : 27 April 2013
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Besar, SMK Mahmud

Penerima anugerah juga dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut :

1. Berpakaian seragam sekolah
2. Hadir untuk pendaftaran jam 7.45 pagi di dewan sekolah 


Berikut adalah senarai penerima anugerah pada hari tersebut :

Tingkatan Satu                                                          Tingkatan Dua
Muhamad Fauzi b, Samsuddin                                      Lai Chin Yee
Norhafizatun Najiha bt Mohd Yusof                             Auni Mahfuzah bt Mohd Noor
Lai Siau Hung                                                              Sivam A/L Ananthan

Tingkatan Empat Sains                                             Tingkatan Empat Kemanusiaan                    
Hooi May Teng                                                            Nurul Ayunie Bt Bayuti
Girija Shankari a/p Nagooru                                         Hee Pui Kee
Tuan Aina Syafiqah bt Tuan Azmi                                 Siti Hajar bt Roslan

PMR 2012                                                                 SPM 2012
Yong Mun Sin                                                             S.Thamilasari a/p V.Sithhambaran
Muhamad Fahmi b Fauzi                                             Yeo Gin Anne
Sutheshen a/l Sathiaseelan                                            Shim Wei Ling
Nadzatul Atilia bt Mahadi                                            Woon Shu Xuan
Nur Sharmila bt Mohd Salleh                                       Nur Najihah bt Bakri
Chai Yiow Yang                                                          Nur Amira bt Ismail
Devasharmini a/p Mathandaver                                    Chan Ziao Tong
Muhammad Fadhli Zal b Mohd Shahar                        Ragunathan a/l Kupusamy
Nor Saadah bt Mohd Ashari                                       Shivaani a/p Ganasan
Syafiqah Nadzirah bt Shukor                                       Cheong Liu Fang
Chong Korn Nee                                                        Nanthini a/p Doraisamy
Chong Zi Sian                                                             Suryani bt Mohamad Suhaimi
Hew Ken Siong                                                          Mohd Iqbal b. Isa
Low Jia Hui                                                                Nur Nabilah bt Badrul Tamam
Muhamad Nur Iman Syamil b Mohd Fauzee               Chong Sing Yee
                                                                                  Norhani Famieza bt Abdul Hamid
                                                                                  Chan Siao Teng
                                                                                  Nurul Natasha Nadzira bt Mohd Radzi
                                                                                  Noridayu bt Muhd Amin Wong
                                                                                  Tg.Ahmad Ramadhan Tg.Kamarul
                                                                                  Haslinda Idayu bt Ibrahim


Kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday 14 April 2013

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PERINGKAT SEKOLAH

Pada 11 April 2013, SMK Mahmud telah mengadakan pertandingan pelancaran roket di peringkat sekolah. Pertandingan ini merupakan suatu pertandingan yang memerlukan para peserta berfikir secara kreatif serta menyusun pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina roket.



Wednesday 10 April 2013

Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah diumumkan pada hari Khamis 21 Mac yang lalu. Para pelajar SPM tahun 2012 telah diminta untuk hadir ke Dewan SEMUDRA untuk Majlis Penyerahan Slip Keputusan.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar di atas pencapaian anda dalam SPM 2012. Semoga anda semua akan terus berjaya  dalam usaha mencapai cita-cita yang diidam-idamkan.

Monday 8 April 2013

Pertukaran GPK Pentadbiran,En.Amiruddin Bin Nordin ke SMK Chemomoi,Bentong sebagai Pengetua



Terima kasih di atas segala khidmat dan jasa yang telah dicurahkan di SMK Mahmud. Kami warga SEMUDRA mendoakan beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi dan gembira di sana . Selamat bertugas di tempat baru.

Friday 22 March 2013

Kejohanan Olahraga MSSD 2013

Tahniah diucapkan kepada peserta olahraga SEMUDRA yang telah mempamerkan semangat kesukanan sepanjang Kejohanan Olahraga MSSD di Komplek Sukan Dong baru-baru ini.


Walau bagaimanapun, SEMUDRA telah berjaya memungut satu pingat emas dalam acara lontar peluru bawah 15 dan masing-masing mengumpul mata dengan memungut beberapa pingat perak, gangsa dan tempat ke-4.

Wednesday 20 February 2013

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan PMR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar PMR 2012 yang telah berjaya. Semoga para pelajar PMR 2013 akan lebih berusaha untuk mengatasi pencapaian cemerlang PMR 2012.

Wednesday 13 February 2013

Mesyuarat Agung Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform 2013


Mesyuarat Agung bagi Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform telah diadakan pada hari Rabu lepas bersamaan 9 Januari 2013.


Para pelajar telah berhimpun di Dataran Perhimpunan pada pukul 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu Negaraku, GPK Kokurikulum, Encik Adnan telah memberi satu taklimat ringkas mengenai perjalanan mesyuarat pada pagi tersebut.

Kemudiannya para pelajar bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut persatuan atau kelab masing-masing. 
Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Selamat menjalankan tugas dengan baik dan diharapkan agar kokurikulum SEMUDRA akan lebih gemilang pada tahun ini.

Monday 11 February 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Terima kasih diucapkan kepada staf sekolah dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam menjayakan acara merentas desa tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang-pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian mereka pada tahun ini.

Thursday 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pagi ini telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar telah berkumpul di Dewan SEMUDRA untuk satu sesi ceramah. 

Tema pada tahun ini iaitu 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' telah dijadikan teras perarakan pada tahun ini. Semua pelajar telah berhimpun untuk perarakan dan juga bacaan selawat. 

Alhamdulillah, warga SEMUDRA telah berjaya menyempurnakan majlis sambutan ini dengan baik. Diharapkan sambutan ini akan dapat menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih terhadap nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Friday 18 January 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2013

Selamat datang diucapkan kepada para pelajar Tingkatan Satu. Semoga kedatangan anda semua akan dapat membantu meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan SEMUDRA.