Thursday, 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pagi ini telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar telah berkumpul di Dewan SEMUDRA untuk satu sesi ceramah. 

Tema pada tahun ini iaitu 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' telah dijadikan teras perarakan pada tahun ini. Semua pelajar telah berhimpun untuk perarakan dan juga bacaan selawat. 

Alhamdulillah, warga SEMUDRA telah berjaya menyempurnakan majlis sambutan ini dengan baik. Diharapkan sambutan ini akan dapat menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih terhadap nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Friday, 18 January 2013

Mesyuarat Agung Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform 2013


Mesyuarat Agung bagi Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform telah diadakan pada hari Rabu lepas bersamaan 9 Januari 2013.


Para pelajar telah berhimpun di Dataran Perhimpunan pada pukul 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu Negaraku, GPK Kokurikulum, Encik Adnan telah memberi satu taklimat ringkas mengenai perjalanan mesyuarat pada pagi tersebut.

Kemudiannya para pelajar bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut persatuan atau kelab masing-masing. 
Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Selamat menjalankan tugas dengan baik dan diharapkan agar kokurikulum SEMUDRA akan lebih gemilang pada tahun ini.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2013

Selamat datang diucapkan kepada para pelajar Tingkatan Satu. Semoga kedatangan anda semua akan dapat membantu meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan SEMUDRA.