LAMAN UTAMA


Wednesday 20 February 2013

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan PMR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar PMR 2012 yang telah berjaya. Semoga para pelajar PMR 2013 akan lebih berusaha untuk mengatasi pencapaian cemerlang PMR 2012.

Wednesday 13 February 2013

Mesyuarat Agung Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform 2013


Mesyuarat Agung bagi Persatuan, Kelab dan Badan Beruniform telah diadakan pada hari Rabu lepas bersamaan 9 Januari 2013.


Para pelajar telah berhimpun di Dataran Perhimpunan pada pukul 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu Negaraku, GPK Kokurikulum, Encik Adnan telah memberi satu taklimat ringkas mengenai perjalanan mesyuarat pada pagi tersebut.

Kemudiannya para pelajar bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut persatuan atau kelab masing-masing. 
Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Selamat menjalankan tugas dengan baik dan diharapkan agar kokurikulum SEMUDRA akan lebih gemilang pada tahun ini.

Monday 11 February 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Terima kasih diucapkan kepada staf sekolah dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam menjayakan acara merentas desa tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang-pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian mereka pada tahun ini.