LAMAN UTAMA


Saturday 18 May 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA
Tempat: SMK Mahmud, Raub
Tarikh: 17 Mei - 18 Mei 2013
 Semua pelajar Tingkatan 1 & 2 terlibat dengan perkhemahan PAJSK yang berlansung selama 2 hari satu malam di SMK Mahmud, Raub. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memenuhi skema pemarkahan PBS.

SELAMAT HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru 2013 diraikan pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru diarak ke tapak perhimpunan sekolah yang diiringi oleh badan pengawas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti ucapan wakil pelajar serta Pengetua Cemerlang SMK Mahmud, Raub, Pn Hjh Sapiah Ibrahim. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dari para pelajar dan juga acara sukan untuk guru-guru yang dikendalikan oleh para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Datuk Salim. 
SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SMK Mahmud, Raub.


Wednesday 15 May 2013

LADAP ProD 3 ~ 15 Mei 2013 ~

Semua guru menghadiri kursus LADAP ProD 3 di bilik mesyuarat SMK Mahmud yang dikendalikan oleh Pn Pengetua, Pn Hjh Sapiah bt Ibrahim. Kursus bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Friday 10 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Bermula 3 Mei - 24 Mei 2013 adalah minggu peperiksaan untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5. Para pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan pada 17 Mei 2013, sementara pelajar tingkatan 1 dan 2 akan menduduki peperiksaan pada 21 Mei 2013.

Tumpukanlah kepada ulangkaji pelajaran untuk mencapai kejayaan. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang. Selamat Berjaya!

Tuesday 7 May 2013

PENDAFTRAN PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI

Pihak PraUniversiti SMK Mahmud mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran Tingkatan Enam (prauniversiti) di SMK Mahmud.Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat prauniversiti.Berikut adalah beberapa maklumat mengenai program pendaftaran:

TARIKH : 8 MEI 2013 (RABU)
MASA    : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK MAHMUD
PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH BERPENAMPILAN KEMAS

Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa pendaftaran.

Pelajar baru Tingkatan 6 bawah diwajibkan untuk menghadiri sesi orientasi sekolah. Ini adalah aktiviti satu minggu yang meliputi pembentukan pasukan, kaunseling kerjaya dan taklimat untuk setiap mata pelajaran . Ini akan menjadi pengalaman yang baik untuk pelajar baru Tingkatan 6 untuk mendapatkan banyak informasi mengenai pengajian di peringkat prauniversiti.