Saturday, 1 November 2014

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2014

Pengetua, barisan pentadbiran sekolah, guru-guru, staf sokongan serta warga SEMUDRA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada murid-murid di SMK Mahmud, Raub serta murid-murid di seluruh Malaysia.

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON SPM DAN STPM 2014.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM, STPM Pengetua, barisan pentadbiran sekolah, webmaster, admin, guru-guru, staf sokongan serta warga SMKSA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada murid-murid di SMK Sungai Acheh serta murid-murid di seluruh Malaysia tidak kira dimana berada. SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON-CALON SPM DAN STPM 2014 GOOD LUCK

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM, STPM Pengetua, barisan pentadbiran sekolah, webmaster, admin, guru-guru, staf sokongan serta warga SMKSA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada murid-murid di SMK Sungai Acheh serta murid-murid di seluruh Malaysia tidak kira dimana berada. SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON-CALON SPM DAN STPM 2014 GOOD LUCK

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM, STPM Pengetua, barisan pentadbiran sekolah, webmaster, admin, guru-guru, staf sokongan serta warga SMKSA mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada murid-murid di SMK Sungai Acheh serta murid-murid di seluruh Malaysia tidak kira dimana berada. SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON-CALON SPM DAN STPM 2014 GOOD LUCK

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, 15 July 2014

CERAMAH I-THINK

CERAMAH I-THINK  Pada tarikh 8,9 dan 14 Julai 2014, pihak sekolah telah mengadakan "Ceramah I-THINK" bagi semua pelajar secara berperingkat mengikut Tingkatan termasuk Tingkatan 6 di dewan SEMUDRA.. Kaunselor sekolah iaitu Puan Nur Fuziah merupakan penceramah pada hari tersebut. Ceramah ini telah menunjukkan fungsi dan cara untuk menggunakan peta I-THINK dan menggalakkan para pelajar mengaplikasinya dalam proses pembelajaran.

Sunday, 25 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA SEMUDRA 2014

GURU PENCETUS KREATIVITI
PENJANA INOVASI


Terima kasih kepada warga SEMUDRA dan PIBG SEMUDRA yang turut serta meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 2014 peringkat sekolah.

Monday, 27 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 peringkat sekolah diadakan pada 24 Januari 2014 bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah di Dewan SMK Mahmud, Raub.

Semua warga semua berkumpul di tapak perhimpunan sebelum majlis bermula. Guru Tingkatan mengambil kehadiran pelajar. Kemudian, semua pelajar bergerak ke dewan sekolah untuk bacaan yassin beramai-ramai. Setelah selesai bacaan yassin, semua guru dan pelajar berarak bersama-sama dari dewan menuju ke pintu belakang pejabat pelajaran daerah dan masuk semula ke sekolah melalui pintu utama menuju ke dewan sekolah untuk program seterusnya.


Monday, 20 January 2014

PERINGATAN : TARIKH-TARIKH PENTING UPU 2014/2015

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA SEMUDRA BERKAITAN DENGAN TARIKH-TARIKH PENTING UPU 2014/2015 SEPANJANG TAHUN 2014
19/01/2014  : IKLAN PERMOHONAN UPU DALAM KERATAN AKHBAR.
20/01/2014  : SISTEM PERMOHONAN UPU LEPASAN SPM, STPM SETARAF DIBUKA.
20/01/2014  : JUALAN NO ID DI SELURUH BSN.
09/03/2014  : IKLAN PERMOHONAN SPM, POLITEKNIK & IIKA, STPM & DIPLOMA SETARA.
07/04/2014  : PERMOHONAN TUTUP BAGI SISTEM PERMOHONAN KE POLITEKNIK & IPTA.
14/04/2014  : SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA LEPASAN SPM SETARAF.
                      TARIKH AKHIR PENGHANTARAN SALINAN PERMOHONAN DAN DOKUMEN.
16/04/2014  : SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA LEPASAN SPM SETARAF.
                       SEMAKAN TEMUDUGA LEPASAN SPM KE POLITEKNIK/ INSTITUT KEMAHIRAN.
                       TARIKH TEMUDUGA LEPASAN SPM SETARAF.
18/04/2014  : TEMUDUGA KE POLITEKNIK/INSTITUT KEMAHIRAN LEPASAN SPM SETARAF.
29/04/2014  : TEMUDUGA KE POLITEKNIK/ INSTITUT KEMAHIRAN LEPASAN SPM SETARAF.
04/05/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN IPTA & POLITEKNIK PREMIER  
                       LEPASAN SPM.
                           HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK ILKA LEPASAN SPM.
10/05/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN IPTA & POLITEKNIK PREMIER  
                      LEPASAN SPM.
                      HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK ILKA LEPASAN SPM.
11/05/2014  : APLIKASI e-RAYUAN DIBUKA KEPADA CALON YANG GAGAL KE IPTA.
17/05/2014  : APLIKASI e-RAYUAN DIBUKA KEPADA CALON YANG GAGAL KE IPTA.
16/05/2014  : SEMAKAN TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN DAN UJIAN MEDSI (STPM).
20/05/2014  : UJIAN MEDSI DIJALANKAN DI IPTA.
22/05/2014  : TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN STPM SETARAF.
25/05/2014  : PENDAFTARAN PELAJAR ASASI.
02/06/2014  : PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA.
03/06/2014  : PERMOHONAN FASA 2 DIBUKA BAGI LEPASAN MATRIKULASI.
06/06/2014  : TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN STPM SETARAF.
08/06/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN LEPASAN SPM SETARAF.
09/06/2014  : PERMOHONAN FASA 2 DIBUKA BAGI LEPASAN MATRIKULASI.

14/06/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN LEPASAN SPM SETARAF.

16/06/2014  : TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN OLEH IPTA (STPM SETARAF).
22/06/2014  : TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN OLEH IPTA (STPM SETARAF).
03/08/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN IPTA LEPASAN STPM.
                       APLIKASI e-RAYUAN DIBUKA BAGI CALON YANG GAGAL (STPM SETARAF).
09/08/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN IPTA LEPASAN STPM.
                      APLIKASI e-RAYUAN DIBUKA BAGI CALON YANG GAGAL (STPM SETARAF).
28/08/2014  : TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN BAGI CALON YANG GAGAL 
                      STPM SETARAF.
01/09/2014  : TARIKH PENDAFTARAN IPTA LEPASAN STPM SETARAF.

02/09/2014  : TARIKH PENDAFTARAN IPTA LEPASAN STPM SETARAF.
14/09/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN KE IPTA LEPASAN STPM SETARAF.
20/09/2014  : HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN KE IPTA LEPASAN STPM SETARAF.
17/09/2014  : PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN KE IPTA LEPASAN STPM.


Thursday, 9 January 2014

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2014


Pihak sekolah telah menerima  kedatangan pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2014 pada hari ini 2 Januari 2014. Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 1 sesi 2014. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berazam akan terus memajukan diri dengan belajar bersungguh-sungguh.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014


Sesi persekolahan 2014 akan bermula secara rasminya pada 2 Jan 2014. Para pelajar SEMUDRA mula pulang ke asrama pada 1 Jan 2014. Koperasi sekolah  dibuka bermula pukul 10 pagi - 3 petang untuk ibubapa dan pelajar membeli peralatan serta kelengkapan sekolah yang diperlukan. 

Pada hari pertama persekolahan, satu perhimpunan rasmi telah diadakan. Pada tahun ini SEMUDRA menerima 5 orang guru baru termasuk Pn Hajjah Kamsiah bt Zainuddin sebagai Pengetua baru menggantikan Pn Hjh Sapiah bt Ibrahim.

Mesyuarat guru kali pertama 2014

Mesyuarat Guru  kali pertama untuk sesi persekolahan 2014 telah diadakan pada 26 Disember 2014 untuk merangka strategi akademik, HEM dan Ko kurikukum. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua guru hadir.