LAMAN UTAMA


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud adalah antara sekolah yang tertua dan terbesar di daerah Raub. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1908. Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujud lebih kurang 31 tahun.
Sebelumnya , sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School, Anglo Chinese School, Government English School dan Raub English School. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Al-Marhum DYMM Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang ke-2 (1914-1918).