LAMAN UTAMA


Monday, 30 September 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT ASRAMA



Majlis Perlancaran Program Mentor Mentee
Peringkat Asrama SMK Mahmud, Raub.
Tarikh : 15 Mei 2013

Wednesday, 25 September 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013

SMK Mahmud telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-
              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat :Tapak Perhimpunan

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Redzuan, ucapan daripada Pemangku Pengetua, Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta persembahan daripada pelajar. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan pertukaran hadiah antara guru.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 telah dijalankan pada 30 Ogos 2013. Majlis disempurnakan oleh Pn Noor Khaizan bt Mohamad , GPK Pentadbiran mewakili Pengetua 
SMK Mahmud, Raub.

Saturday, 18 May 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA

PERKHEMAHAN BERSEPADU PAJSK SEMUDRA
Tempat: SMK Mahmud, Raub
Tarikh: 17 Mei - 18 Mei 2013
 Semua pelajar Tingkatan 1 & 2 terlibat dengan perkhemahan PAJSK yang berlansung selama 2 hari satu malam di SMK Mahmud, Raub. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memenuhi skema pemarkahan PBS.

SELAMAT HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru 2013 diraikan pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru diarak ke tapak perhimpunan sekolah yang diiringi oleh badan pengawas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti ucapan wakil pelajar serta Pengetua Cemerlang SMK Mahmud, Raub, Pn Hjh Sapiah Ibrahim. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dari para pelajar dan juga acara sukan untuk guru-guru yang dikendalikan oleh para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Datuk Salim. 
SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SMK Mahmud, Raub.


Wednesday, 15 May 2013

LADAP ProD 3 ~ 15 Mei 2013 ~

Semua guru menghadiri kursus LADAP ProD 3 di bilik mesyuarat SMK Mahmud yang dikendalikan oleh Pn Pengetua, Pn Hjh Sapiah bt Ibrahim. Kursus bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Friday, 10 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Bermula 3 Mei - 24 Mei 2013 adalah minggu peperiksaan untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5. Para pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan pada 17 Mei 2013, sementara pelajar tingkatan 1 dan 2 akan menduduki peperiksaan pada 21 Mei 2013.

Tumpukanlah kepada ulangkaji pelajaran untuk mencapai kejayaan. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan cemerlang. Selamat Berjaya!