Friday, 12 June 2015

SALAM RAMADHAN

 
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG BERAGAMA ISLAM.  SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN LEBIH SEMPURNA DAN DIPENUHI DENGAN AMAL IBADAH DI DALAMNYA. Amin..

Sunday, 24 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU SMK MAHMUD,RAUB 2015

SMK MAHMUD, RAUB bertarikh pada 18 mei 2015, warga SEMUDRA telah menyambut hari guru yang dijuga disambutan secara serentak seluruh malaysia. Semua acara telah di rancang dan diatur oleh para pelajar untuk menyambut guru-guru yang telah berkorban jiwa dan raga untuk mendidik anak-anak bangsa dalam menghadapi cabaran masa hadapan.. Dengan Slogan Hari Guru pada tahun ini ; Guru : Membina ilmu menyempurnakan akhlak, semoga pengorbanan guru ini mendapat memberi insprisasi kepada pelajar sekalian untuk belajar menghormati guru dan merebut sebanyak mungkin ilmu yang di luahkan oleh guru-guru sekalian...

SELAMAT HARI GURU




Wednesday, 6 May 2015

 KEPUTUSAN SPM 2014

SMK MAHMUD, Dewan SEMUDRA, 4 MAC 2015, Saat yang mendebarkan bg calon-calon SPM sesi 2014 akan di umumkan. Bagi pihak pentadbiran SMK MAHMUD, keputusan kali ini amat diluar jangka di mana Keputusan GPS sekolah telah meningkat dan seterusnya merubah kedudukan sekolah di antara sekolah-sekolah daerah raub iaitu nombor 3 teratas. Syukur, Alhamdulillah dan kepada semua calon, ucapan jutaan tahniah kepada semua kepada yang berjaya, dan yang kurang benasib baik, disini bukan titik noktah bagi perjuangan anda, teruskan berusaha dan bagi pihak SMK MAHMUD. Diharap semua calon membuat pilihan bijak di mana destinasi seturusnya untuk melanjutkan pelajaran anda... semoga semua berjaya walauapa pun hala tuju yang dipilih.. selamat berjaya...

Monday, 4 May 2015

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

Peperiksaan bersama Sekolah Menengah di negeri Pahang. 

Tingkatan 4 & 5:
Mula Rabu, 13 Mei Jun 2015

Tingkatan 1, 2 & 3: 
Mula Isnin, 25 Mei Jun 2015