Tuesday, 7 May 2013

PENDAFTRAN PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI

Pihak PraUniversiti SMK Mahmud mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran Tingkatan Enam (prauniversiti) di SMK Mahmud.Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat prauniversiti.Berikut adalah beberapa maklumat mengenai program pendaftaran:

TARIKH : 8 MEI 2013 (RABU)
MASA    : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK MAHMUD
PAKAIAN : SERAGAM SEKOLAH BERPENAMPILAN KEMAS

Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa pendaftaran.

Pelajar baru Tingkatan 6 bawah diwajibkan untuk menghadiri sesi orientasi sekolah. Ini adalah aktiviti satu minggu yang meliputi pembentukan pasukan, kaunseling kerjaya dan taklimat untuk setiap mata pelajaran . Ini akan menjadi pengalaman yang baik untuk pelajar baru Tingkatan 6 untuk mendapatkan banyak informasi mengenai pengajian di peringkat prauniversiti.