LAMAN UTAMA


Wednesday 25 September 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013

SMK Mahmud telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-
              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat :Tapak Perhimpunan

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Redzuan, ucapan daripada Pemangku Pengetua, Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta persembahan daripada pelajar. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan pertukaran hadiah antara guru.