Monday, 27 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 peringkat sekolah diadakan pada 24 Januari 2014 bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah di Dewan SMK Mahmud, Raub.

Semua warga semua berkumpul di tapak perhimpunan sebelum majlis bermula. Guru Tingkatan mengambil kehadiran pelajar. Kemudian, semua pelajar bergerak ke dewan sekolah untuk bacaan yassin beramai-ramai. Setelah selesai bacaan yassin, semua guru dan pelajar berarak bersama-sama dari dewan menuju ke pintu belakang pejabat pelajaran daerah dan masuk semula ke sekolah melalui pintu utama menuju ke dewan sekolah untuk program seterusnya.